aDa aKu KiSaH????

Tuesday, December 28, 2010

2010 semakin melabuhkan tirainya

Salam 1 Malaysia

Seperti yang korang sedia maklum,tahun 2010 semakin hampir ke penghujungnya....mungkin banyak kenangan pahit dan manis yang korang semua tempuh sepanjang tahun 2010...bagi aku n family aku,tahun 2010 bukanlah tahun yang agak baik bagi kami kerana pelbagai musibah dan dugaan yang hebat kami terima...apepun,semua itu ketentuan ALLAH SWT,kami semua terima dugaan ini dengan redha dan tabah...abah aku,dulunya seorang yang kuat kerja tetapi sekarang terpaksa menjalani rawatan dialysis kerana buah pinggang rosak...keadaan ini memaksa aku dan adik-adik aku berusaha menambah pendapatan keluarga setelah abah aku tidak lagi mampu bekerja..xpa,ni lah masa kami nk membalas jasa ibu bapa...dan yang paling perit terpaksa kami semua hadapi adalah pemergian arwah adik aku yang terlebih dahulu menghadap Illahi,Allahyarham MOHAMAD AZRI BIN MOHAMAD NASER (20THN) pada tanggal 11/07/2010 lalu akibat kemalangan jalanraya..walaupun arwah seorang yang degil masa hayatnya,tetapi kewajipan terhadap keluarga selalu tidak dilupakan terutama semasa abah aku tengah sakit..aku sygkan semua adik-adik,ahli keluarga aku tetapi tenyata ALLAH SWT lebih menyayangi arwah...sama2 kita sedekahkan fatihah kepada Allahyarham..Al-Fatihah...
Diharap tahun baru 1432H dan 2011M ini akan memberikan kami sekeluarga nikmat,dimurahkan rezeki dan kerahmatan dari ALLAH SWT...dan aku berdoa kepada ALLAH SWT semoga tahun-tahun mendatang tiada lagi dugaan yang hebat untuk kami sekeluarga....
Amin

No comments: