aDa aKu KiSaH????

Tuesday, December 28, 2010

Misi Memburu Tenggiri Di Tuas Yan Kedah 26 Disember 2010

Salam 1 Malaysia...

Baru-baru ini PPE Fishing Team telah mengatur 1 misi memburu tenggiri yang dikatakan selalu mengganas di Tuas Yan Kedah.Setelah segala perancangan diatur akhirnya masa yang di tunggu telah tiba....
26 Disember 2010 : tarikh keramat 26 Disember kerana pada tarikh inilah tsunami melanda di negara kita beberapa tahun dahulu...tetapi Team PPE langsung tidak menjadikan ini alasan dalam usaha memburu tenggiri.. Jam menunjukkan pukul 4 pagi,walaupun semua geng-geng PPE masih mengantuk kerana tido lewat dok nganga kat kedai mat not dok buat perambut sampai pukul 2 pagi,ada yang pi pesta penang,tapi tidak menghalang misi kami ini malah keinginan untuk memburu tenggiri semakin membuak-buak..
4.30 pagi,Semua telah berkumpul untuk memulakan perjalanan kami ke jeti kuala dulang yan kerana telah janji dgn tekong abg shon nak bergerak pukul 6.15pagi.Aku(along),Mat Nip,Fahmi,Min,Sham dan Faizal telah bersiap sedia memasukkan senjata-senjata yang akan digunakan untuk memburu tenggiri nanti ke dalam kereta.Tetapi semasa hendak bertolak,kami dikejutkan dengan panggilan telefon dari wife Mat Nip mengatakan ada penyangak sedang mengopek tingkap rumah mereka.Apa lagi,kami kejarnya lah...tetapi nasib penyangak tu mmg baik,terlepas jugak dek kerana keadaan yang gelap pada pg tu.Sampai Min sendiri memasukkan kaki-kakinya kedalam longkang...hahahahaha...Ish,x baik gelakkan kawan...sorry Min,sorry..
Setelah memastikan keadaan semua selamat,kami pun bertolak pada pukul 5 pagi dari PPE Kepala Batas menuju ke Yan.Setibanya di Jeti pada pukul 6.15pagi,kami bersarapan sambil membeli makanan sebagai bekalan di atas bot nanti.Selesai makan,kami mengangkat segala peralatan masuk ke dalam bot yang sedang menunggu kami bersama tekong Abg Shon.Tanpa berlengah kerana sudah lewat,kami memulakan perjalanan perburuan kami.
Setibanya di tuas,kami memasang peralatan yang akan digunakan.Mat Nip org pertama membuat balingan dan tidak sampai seminit...ccrreeeettttttt,umpan telah di ragut seekor tenggiri bersaiz 4-5 kg..maka bermulalah aksi-aksi semua pemancing yang lain kerana teruja dgn tenggiri yang ditawan oleh Mat Nip...5 minit kemudian,2 ekor belitong bersaiz 2-3kg pula ditawan..lepas tu tenggiri,tenggiri...pastu tenggiri,pastu tenggiri..wah,rezeki murah ari nih...tenggiri,tenggiri,tenggiri...wah,bonus nih,Seekor Jenahak bersaiz 2-3kg di tawan oleh faizal...Teknik dan umpan yang digunakan adalah casting bulu ayam dan temenung..banyak juga yang rabut.lau nak di kira dalam 20-25 kali rabut,mungkin tenggiri tu bernasib baik.
Akhirnya pada pukul 4.30ptg,kami pun bertolak pulang ke darat.Misi memburu tenggiri ini boleh dikatakan berjaya setelah PPE Fishing Team dibantu oleh Tekong Abg Shon dan adiknya berjaya menawan 29ekor tenggiri pelbagai saiz,belitong 2 ekor dan bonus jenahak 1 ekor...semua pemancing amat berpuas ati dgn hasil yang diperolehi...
Setelah menyimpan semua peralatan,kami pun bertolak pulang ke Kepala Batas dgn hati yng gembira  dan dgn impian dapat singgah di mana-mana kedai makan untuk menjamah Jenahak 3 rasa...hehehehe..
Selesai menjamah,kami pulang ke kampung halaman kami iaitu PPE dan trus ke umah Fahmi untk membahagikan ikan secara adil dan saksama...
korang semua mmg sempoi lah geng,dan untuk tekong Abg Shon TQ sebab bawa kami kt port baik punya...bulan depan insyaAllah kita uat trip ke tuas len...







No comments: