aDa aKu KiSaH????

Thursday, December 30, 2010

Hooray....Malaysia Champ AFF Suzuki Cup 2010...Hooray sok 31 Dis 2010 Cuti Umum

Salam 1 Malaysia untuk semua Rakyat Malaysia dan penyokong Harimau Malaya

Tahniah kita ucapkan kepada skuad bolasepak kebangsaan kita kerana mengakhiri kemarau panjang untuk menjulang Piala AFF Suzuki tahun 2010...macam2 penyokong indon mengata kt penyokong negara kita...pakai laser la,men bomoh la...mcm kt bawah ni...mgkin ada rakyat kita otromen kot???x pun bomoh mustika...???


Pepun semua tu bukan alasan..coz kita punya player x penah pun complain lau kena pancaran laser...akai depa ja nak menang cemey...player kita bersungguh-sungguh usaha untuk menang,akhirnya ni habuan untuk pasukan kita...
TAHNIAH PASUKAN MALAYSIA
Bukan depa ja dapat habuan,seluruh rakyat Malaysia pun dapat habuan....Sok 31 Disember 2010 kita semua diberikan cuti free oleh PM...sempena kejayaan pasukan kita menjulang piala AFF Suzuki 2010...
MALAYSIA BOLEH.....!!!!

Wednesday, December 29, 2010

Tolong..!! Tolong..!!

Salam semua...ari nih agak bosan ngn sejuk coz ujan...bosan bukan pasal xda keja,tp coz jap ada jap xda,jap kena jalan merata,angkat barang yang nu yang nih...letih gak...dalam asyik terbayang nak gih mancing plak kt Tuas bulan depan...tetiba...
ALAMAK...!!!!
Baru aku perasan roadtax keta ngan moto aku nak K.O dah bln depan....lesen pun tnggal sebulan ja gih,bulan 2 K.O....adoi,mau siap beratus beribu plak nih....korang tolong donate jap kt aku....huhuhuhu....tgk la keta ngan moto aku nih,agak korang bape ek aku nk kena bayar?????


 amacam,ada sempoi ka??hehehe

 silau mata x bro???

hahahaha...aku lawak ja...ne la aku mampu pakai semua nih...gaji pun x seberapa camne nak pakai semua nih...aku pakai keta ngn moto yang pic kt bawah je....tgk bawah..
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>



Tuesday, December 28, 2010

2010 semakin melabuhkan tirainya

Salam 1 Malaysia

Seperti yang korang sedia maklum,tahun 2010 semakin hampir ke penghujungnya....mungkin banyak kenangan pahit dan manis yang korang semua tempuh sepanjang tahun 2010...bagi aku n family aku,tahun 2010 bukanlah tahun yang agak baik bagi kami kerana pelbagai musibah dan dugaan yang hebat kami terima...apepun,semua itu ketentuan ALLAH SWT,kami semua terima dugaan ini dengan redha dan tabah...abah aku,dulunya seorang yang kuat kerja tetapi sekarang terpaksa menjalani rawatan dialysis kerana buah pinggang rosak...keadaan ini memaksa aku dan adik-adik aku berusaha menambah pendapatan keluarga setelah abah aku tidak lagi mampu bekerja..xpa,ni lah masa kami nk membalas jasa ibu bapa...dan yang paling perit terpaksa kami semua hadapi adalah pemergian arwah adik aku yang terlebih dahulu menghadap Illahi,Allahyarham MOHAMAD AZRI BIN MOHAMAD NASER (20THN) pada tanggal 11/07/2010 lalu akibat kemalangan jalanraya..walaupun arwah seorang yang degil masa hayatnya,tetapi kewajipan terhadap keluarga selalu tidak dilupakan terutama semasa abah aku tengah sakit..aku sygkan semua adik-adik,ahli keluarga aku tetapi tenyata ALLAH SWT lebih menyayangi arwah...sama2 kita sedekahkan fatihah kepada Allahyarham..Al-Fatihah...
Diharap tahun baru 1432H dan 2011M ini akan memberikan kami sekeluarga nikmat,dimurahkan rezeki dan kerahmatan dari ALLAH SWT...dan aku berdoa kepada ALLAH SWT semoga tahun-tahun mendatang tiada lagi dugaan yang hebat untuk kami sekeluarga....
Amin

hasil di kolam cikgu non Kampung Bukit-area Kampung Perik Kuala Nerang

Disebabkan aku suka memancing,x sah kalau balik kampung wife aku pn,aku  x g mancing...msti kena adatmpat jgk untuk mancing ..port slalu kolam cikgu non la...x pun tasik paya pahlawan....kt bawah nih pic masa aku balik kampung baru-baru nih,kt kolam cikgu non....aku g dgn wife aku dan 2 owg adik ipar aku...tp pic depa x da la,pic ikan je...tgk lah hasilnya.....hehehe




Menduga nasib di Bawah Jambatan Pulau Pinang

Mungkin bukan rezeki kami....itulah yang dapat dikatakan.....aku dan 3 orang rakan kerja aku pergi memancing di bawah jambatan pulau pinang dgn harapan dapat menawan jenahak,senangin dan kerapu berskala besar...bukan kerana tidak dapat seekor pun ikan,cuma saiz yang di cari tidak di tawan...yang ada hanya berpuloh ekor tamban,gelama dan seekor kerapu bersaiz tapak tangan.....pepun kami bersyukur tidak pulang dengan tangan kosong....




Mmg sempoi gak kolam otai ni,korang mesti cuba beb !!!

Ari tu bleh 3 ekor....selang beberapa malam p pulak.....kolam otai oh kolam otai....kau selalu membuatkan aku bermimpi makan siakap 3 rasa,siakap masak stim...wife aku yang sblm nih suka bising-bising ternyata semakin menerima hobi aku nih,malah dia pun turut serta ikut aku g mancing mlm nih bersama member aku pakwan dan 2 budak jiran aku...malam nih kami bleh jenahak sekor saiz 1.3kg dan siakap sekor saiz 7.9kg....

mmg puas ati...tggu kolam otai,nnti aku datang lagi......

Kolam Otai lagi.....

Ari tu ntah macam ne aku tringin sgt nak g mancing...tanpa diatur aku trus call member aku pakwan ajak g kolam otai cari siakap....dia pun ok je,tanpa berlengah kami trus g....wife aku lak dok bising keje g mancing je,siap pesan lau x bawa balik ikan t aku dia uat 3 rasa...hehehe...dgn berbekalkan yuran sebanyak RM35 dan jackpot RM2 selama 5jam malam tu,alhamdulillah ada rezeki kami...walaupun x banyak,cukup lah 3 ekor siakap putih dan kami syukur kurang-kurang tidak pulang dgn tangan kosong..
1 ekor saiz 1.5kg,lagi sekor 6.5kg,tu ikan yang di naikkan oleh pakwan manakala aku bernasib baik dapat juga sekor saiz 2.2kg,tidaklah aku yang akan jadi 3 rasa balik rumah nanti....hik3


Memancing di kolam Otai Sg. Jagung Kedah

Beberapa malam lepas aku bersama Pak Tam aku,member aku dan member  Pak Tam aku mencuba nasib di kolam otai,kolam air masin yang agak tekenal di kawasan utara terutama negeri kedah dan penang.Terdapat beberapa spesis ikan di dalam kolam nih,yang paling popular jenahak,siakap putih.siakap merah.Aku selalu gak dok gi kolam nih,stiap kunjungan kami tidak pernah menghampakan.Malam tu kami berjaya mendaratkan 12 ekor siakap putih dan 1 ekor jenahak..semua ikan berskala hidangan..aku dapat sekor ja,member aku pun sekor ja....tapi pa tam aku dapat 11 ekor...mmg ong btoi tangan dia malam tu...caya lah...
makan besar la esok tu....hehehehe...

Gambar nih masa ikan x cukup gih 13 ekor,da lagi sejam sebelum abis masa...


Misi Memburu Tenggiri Di Tuas Yan Kedah 26 Disember 2010

Salam 1 Malaysia...

Baru-baru ini PPE Fishing Team telah mengatur 1 misi memburu tenggiri yang dikatakan selalu mengganas di Tuas Yan Kedah.Setelah segala perancangan diatur akhirnya masa yang di tunggu telah tiba....
26 Disember 2010 : tarikh keramat 26 Disember kerana pada tarikh inilah tsunami melanda di negara kita beberapa tahun dahulu...tetapi Team PPE langsung tidak menjadikan ini alasan dalam usaha memburu tenggiri.. Jam menunjukkan pukul 4 pagi,walaupun semua geng-geng PPE masih mengantuk kerana tido lewat dok nganga kat kedai mat not dok buat perambut sampai pukul 2 pagi,ada yang pi pesta penang,tapi tidak menghalang misi kami ini malah keinginan untuk memburu tenggiri semakin membuak-buak..
4.30 pagi,Semua telah berkumpul untuk memulakan perjalanan kami ke jeti kuala dulang yan kerana telah janji dgn tekong abg shon nak bergerak pukul 6.15pagi.Aku(along),Mat Nip,Fahmi,Min,Sham dan Faizal telah bersiap sedia memasukkan senjata-senjata yang akan digunakan untuk memburu tenggiri nanti ke dalam kereta.Tetapi semasa hendak bertolak,kami dikejutkan dengan panggilan telefon dari wife Mat Nip mengatakan ada penyangak sedang mengopek tingkap rumah mereka.Apa lagi,kami kejarnya lah...tetapi nasib penyangak tu mmg baik,terlepas jugak dek kerana keadaan yang gelap pada pg tu.Sampai Min sendiri memasukkan kaki-kakinya kedalam longkang...hahahahaha...Ish,x baik gelakkan kawan...sorry Min,sorry..
Setelah memastikan keadaan semua selamat,kami pun bertolak pada pukul 5 pagi dari PPE Kepala Batas menuju ke Yan.Setibanya di Jeti pada pukul 6.15pagi,kami bersarapan sambil membeli makanan sebagai bekalan di atas bot nanti.Selesai makan,kami mengangkat segala peralatan masuk ke dalam bot yang sedang menunggu kami bersama tekong Abg Shon.Tanpa berlengah kerana sudah lewat,kami memulakan perjalanan perburuan kami.
Setibanya di tuas,kami memasang peralatan yang akan digunakan.Mat Nip org pertama membuat balingan dan tidak sampai seminit...ccrreeeettttttt,umpan telah di ragut seekor tenggiri bersaiz 4-5 kg..maka bermulalah aksi-aksi semua pemancing yang lain kerana teruja dgn tenggiri yang ditawan oleh Mat Nip...5 minit kemudian,2 ekor belitong bersaiz 2-3kg pula ditawan..lepas tu tenggiri,tenggiri...pastu tenggiri,pastu tenggiri..wah,rezeki murah ari nih...tenggiri,tenggiri,tenggiri...wah,bonus nih,Seekor Jenahak bersaiz 2-3kg di tawan oleh faizal...Teknik dan umpan yang digunakan adalah casting bulu ayam dan temenung..banyak juga yang rabut.lau nak di kira dalam 20-25 kali rabut,mungkin tenggiri tu bernasib baik.
Akhirnya pada pukul 4.30ptg,kami pun bertolak pulang ke darat.Misi memburu tenggiri ini boleh dikatakan berjaya setelah PPE Fishing Team dibantu oleh Tekong Abg Shon dan adiknya berjaya menawan 29ekor tenggiri pelbagai saiz,belitong 2 ekor dan bonus jenahak 1 ekor...semua pemancing amat berpuas ati dgn hasil yang diperolehi...
Setelah menyimpan semua peralatan,kami pun bertolak pulang ke Kepala Batas dgn hati yng gembira  dan dgn impian dapat singgah di mana-mana kedai makan untuk menjamah Jenahak 3 rasa...hehehehe..
Selesai menjamah,kami pulang ke kampung halaman kami iaitu PPE dan trus ke umah Fahmi untk membahagikan ikan secara adil dan saksama...
korang semua mmg sempoi lah geng,dan untuk tekong Abg Shon TQ sebab bawa kami kt port baik punya...bulan depan insyaAllah kita uat trip ke tuas len...